Wednesday 5 October 2011

Pengenalan Syarikat


 Sukacita saya maklumkan bahawa syarikat S&F Food Enterprise telah berjaya ditubuhkan pada 8/8/2011. Syarikat ini membekalkan kuih dan biskut –biskut raya pilihan yang berkualiti dan enak serta menawarkan harga yang berpatutan. Syarikat ini berpangkalan di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Syarikat ini berjaya ditubuhkan hasil daripada kegigihan 2 orang pemuda iaitu Chef Syahmi dan Chef Fazrul dan dibantu oleh seorang pengurus kewangan iaitu Cik Tafawah yang ingin mencapai cita-cita mereka iaitu membuka sebuah kilang yang membekalkan biskut-biskut raya ternama dan dikenali oleh orang ramai dan seterusnya mengeksport biskut-biskut ini ke luar negara.
      
      Kami telah beberapa tahun menghabiskan pelajaran dan bidang ini dan amat pakar dalam pembuatan biskut raya manakala Cik Tafawah pula amat berpengalaman dalam bidang kewangan. Dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti, kami yakin kami mampu menarik minat pelanggan dan mampu memasarkan produk mereka ke luar negara pada tahun 2013, insyaAllah. Kami juga yakin kami akan mempunyai pelanggan yang sentiasa mewujudkan permintaan yang tinggi bukan sahaja pada bulan ramadhan dan musim-musim perayaan.

      Antara biskut kami yang terkenal dan mempunyai permintaan yang diluar jangkaan ialah biskut Almond London, biskut Nut Strawberry dan Chocolate Chip. Kami sedia menerima tempahan daripada pelanggan dan para pelanggan boleh menghubungi kami ditalian 011 23456789 atau 07 6874 444 . Para pelanggan juga boleh melayari laman web http//:www.STF Food Enterprise.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut  mengenai syarikat kami. Perkhidmatan penghantaran ada disediakan.

No comments:

Post a Comment